KPP Illustrious Metamorphosis Night merupakan satu projek yang julung kalinya diadakan oleh pelajar kos Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dibawah naungan Sekretariat EOSH dan Persatuan Sains Kesihatan. Projek ini melibatkan 44 orang pelajar dan 3 orang tetamu yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis. Tetamu khas yang dimaksudkan ialah Dr.Maliki Hapani, Dr.Nazrey dan En.Amri.
Tujuan projek ini diadakan adalah demi meneruskan tradisi makan malam yang selama ini dilakukan oleh setiap program di bawah Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Selain itu, objektif lain yang cuba dicapai ialah Merapatkan hubungan di antara staf PPSK dan pelajar program KPP dan Mencungkil bakat-bakat yang dimiliki oleh para pelajar dan juga staf PPSK yand selama ini tidak ditonjolkan.
Illustrious Metaorphosis, dua perkataan yang dipilih dan digabungkan membawa maksud perubahan yang mahsyur, gemilang dan hebat. Perkataan ini dipilih ntuk menandakan titik permulaan bagi perubahan yang bakal dilakukan oleh pelajar program KPP tidak kiralah samada kepada diri sendiri mahupun orang lain.
Ahli Jawatankuasa bertukus lumus menyiapkan tempat dan perhiasan.
Keadaan sebelum majlis bermula
Persembahan pelajar
Pemenang pakaian lelaki dan perempuan terbaik
Gembira hidup mereka…
Terima kasih kepada kesema ahli jawatankuasa yang bertukus lumus mejayakan majlis ini dan terima kasih jua kepada semua peserta yang memeriahkan malam ini.
:)
Sekretariat EOSH____2010
~Semoga Dinner tahun hadapan lebih meriah~
1 comments:
Post a Comment