PENGENALAN:
Program ‘Mesra Lestari 2’ ini dijalankan untuk memupuk pemikiran dan gaya hidup warga Rumah Seri Kenangan dalam penjagaan serta pemeliharaan kesihatan persekitaran yang bersih dan selamat. Hal ini bertujuan untuk mencapai keseimbangan hidup yang harmoni dan sihat. Melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan, warga Seri Kenangan akan diberi pendedahan tentang cara-cara mengekalkan kebersihan kawasan persekitaran serta kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi. Selain itu, aktiviti beramah mesra antara peserta program dan warga rumah Seri Kenangan juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan suasana yang harmoni sepanjang program ini dijalankan.
OBJEKTIF:
Program Mesra Lestari 2 yang dijalankan oleh Sekretariat EOSH bertujuan untuk:
• Memberi kesedaran kepada seluruh warga Rumah Seri Kenangan tentang kepentingan menjaga persekitaran dalam mengelak jangkitan penyakit dan wabak.
• Memberi pendedahan kepada warga Rumah Seru Kenangan tentang cara mengawal kebersihan di kawasan persekitaran mereka.
• Member pendedahan kepada para peserta program tentang tatacara pergaulan dengan masyarakat luar sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan kelak.
• Menjadikan kegiatan luar sebagai wadah rekreasi dan menjaga kesihatan diri kepada peserta program.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta program dan warga Rumah Seri Kenangan.
• Memupuk semangan kerjasama dan tolong-menolong antara peserta program supaya integrasi dapat dicapai.
• Memupuk sifat menyayangi warga emas atau orang-orang tua dalam diri peserta.
AHLI JAWATANKUASA MESRA LESTARI 2:
PENASIHAT : EN MUZANI OMAR @ MANSOR
PENSYARAH PENGIRING : DR. MALIKI BIN HAPANI
PENGARAH PROJEK : FARAH ADHILA BT. AZMI
TIMBALAN PENGARAH : CHUAH CHONG KEN
SETIAUSAHA : NURUL NASUHA BT. OMAR
SETIAUSAHA 2: RAHAYU BT. HAMZAH
BENDAHARI : ASMA PUTERI AMIRAH MOHAMAD
BENDAHARI 2: NOOR SOLEHAH BT. JAAFAR
EXCO TEKNIKAL :
SUHAINIZA BT. SAMSUDIN
EXCO PROTOKOL :
ZATY HULWANI BT. ABDUL HAK
EXCO PENAJAAN:
JOSIEFIANA DAVEY AK JEM
SYAFAWATI SYAINY BT. MAT YUSOFF
EXCO MAKANAN :
NUR FATIN BT. HARIS
NOR ATIQAH BT. OTHMAN
EXCO KEBERSIHAN :
SITI KHALIJAH BT. OMAR
EXCO CENDERAHATI:
NUR FARAH HANA BT JEFREY
KHAIRIAH BT. MOHD MOKHTAR
EXCO PUBLISITI :
AHMAD NAZMI B. MANSOR
BUTIR-BUTIR:
TARIKH : Akan di beritahu
HARI : Akan di beritahu
TEMPAT :
RUMAH SERI KENANGAN, TAMAN KEMUMIN, 16100 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN
MASA : 8.00 PG – 2.00 PTG
TENTATIF PROGRAM:
8.00 a.m. - Bertolak dari USMKK
8.30 a.m. - Dijangka tiba di Rumah Seri Kenangan
8.45 a.m. - Sesi beramah mesra dengan warga Seri Kenangan
9.30 a.m. - Pembahagian kumpulan dan tugas kepada peserta program
9.45 a.m. - Gotong- royong
12.30 p.m. - Makan tengahari
1.30 p.m. - Penyampaian cenderahati kepada warga Seri Kenangan
2.00 p.m. - Bertolak pulang ke USMKK
Desediakan Oleh:
Nurul Nasuha Bt. Omar
-Sekretariat EOSH 2010-
0 comments:
Post a Comment