Hebahan tentang program ini telah dilakukan melalui pelbagai media seperti media sosial dan poster.
TUJUAN
Memastikan kadar kesedaran tentang aspek
keselamatan kenderaan dapat dipertingkatkan serta mengurangkan kesalahan terhadap
sesuatu kenderaan dari segi teknikal yang melibatkan golongan pelajar kampus
kesihatan Universiti Sains Malaysia
OBJEKTIF
- Mengeratkan kerjasama di antara jabatan dengan masyarakat terutama golongan pelajar IPT negeri Kelantan.
- Membantu memberikan kefahaman serta pengetahuan mengenai sesuatu kenderaan dari aspek teknikal mengikut Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Mengurangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan terutamanya yang melibatkan pengubahsuaian sesuatu kenderaan tanpa kebenaran.
- Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang disebabkan faktor teknikal kenderaan memandangkan bertambahnya bilangan penggunaan kenderaan jalan raya pada masa kini.
- Mendedahkn kepada para pelajar berkaitan undang-undang di jalan raya serta teknik-teknik pemanduan mengikut aspek kejuruteraan untuk diaplikasikan sebelum pemanduan di jalan raya.
- Mengelakkan golongan pelajar IPTA atau IPTS daripada mudah tertipu oleh pihak bengkel yang tidak bertanggungjawab apabila terlibat dengan kerosakan atau kemalangn kenderaan
1.
Kesimpulan
Diharapkan program ini mendapat
kerjasama yang baik daripada pihak universiti dalam usaha dan inisiatif Jabatan
Pengangkutan jalan Raya Negeri Kelantan untuk memberikan pendedahan dan penerangan
bagi mengurangkan kadar kesalahan penggunaan kenderaan di jalan raya,
meningkatkan kemahiran dari aspek pemanduan dan pengetahuan asas teknikal
kenderaan sekaligus menghindari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan dan dijadikan program tahunan.
0 comments:
Post a Comment