Sekretariat EOSH

Memimpin dan Menginovasi

Friday, October 12, 2012

Program Automotif Roadshow

Pada 13 oktober 2012, Seketariat Eosh telah menganjurkan Program Automotif Roadshow. Buat julung kalinya, pihak JPJ berkunjung ke Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Program ini adalah hasil kerjasama pihak Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengkutan Jalan Raya Kelantan dan Seketariat Eosh. Program ini adalah bersifat menyeluruh, di mana, pihak JPJ telah mengadakan Program yang serupa di Kolej Kejururawatan Masyarakat sebelum berkunjung ke Universiti Sains Malaysia. Pihak JPJ menyasarkan perlaksanaan program ini ke seluruh negeri Kelantan Darul Naim.







Hebahan tentang program ini telah dilakukan melalui pelbagai media seperti media sosial dan poster.


TUJUAN

Memastikan kadar kesedaran tentang aspek keselamatan kenderaan dapat dipertingkatkan serta mengurangkan kesalahan terhadap sesuatu kenderaan dari segi teknikal yang melibatkan golongan pelajar kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia


 OBJEKTIF


  •  Mengeratkan kerjasama di antara jabatan dengan masyarakat terutama golongan pelajar IPT negeri Kelantan.
  •  Membantu memberikan kefahaman serta pengetahuan mengenai sesuatu kenderaan dari     aspek teknikal mengikut Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Mengurangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan terutamanya yang melibatkan pengubahsuaian sesuatu kenderaan tanpa kebenaran.
  •  Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang disebabkan faktor teknikal kenderaan memandangkan bertambahnya bilangan penggunaan kenderaan jalan raya pada masa kini.
  •  Mendedahkn kepada para pelajar berkaitan undang-undang di jalan raya serta teknik-teknik pemanduan mengikut aspek kejuruteraan untuk diaplikasikan sebelum pemanduan di jalan raya.
  • Mengelakkan golongan pelajar IPTA atau IPTS daripada mudah tertipu oleh pihak bengkel yang tidak bertanggungjawab apabila terlibat dengan kerosakan atau kemalangn kenderaan
1.       Kesimpulan 

Diharapkan program ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak universiti dalam usaha dan inisiatif Jabatan Pengangkutan jalan Raya Negeri Kelantan untuk memberikan pendedahan dan penerangan bagi mengurangkan kadar kesalahan penggunaan kenderaan di jalan raya, meningkatkan kemahiran dari aspek pemanduan dan pengetahuan asas teknikal kenderaan sekaligus menghindari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga program seperti ini dapat dianjurkan dan dijadikan program tahunan.